Sunday, February 5, 2012
Salam Maulidur Rasul 1433H
Wednesday, January 25, 2012
Thursday, January 19, 2012
Senarai golongan yang MENJENGKELKAN di Facebook
2. Golongan yang suka menjawab kuiz yang bukan-bukan.
3. Apa yang dia buat, dia update.
4. Suka menjemput ke acara-acara yang tidak munasabah
5. Suka market.
6. Dia main satu game, naik satu langkah, dia bagitau satu dunia.
7. Si mami jarum.
Tuesday, January 17, 2012
PENCURI
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
Ehh? Kenapa entry kali ni pasal PENCURI? Sekadar berkongsi dgn rakan rakan di luar sana. Blog ni dah macam diary pulak kan..he ho!
Mula-mula tu hilang kapas muka. Puas cari merata tak jumpa jugak! Tapi, tak kisah la kan..Sebab boleh beli kat mana-mana kedai runcit yg berdekatan. Tup..tup..pagi tadi noticed jam tangan pulak hilang. Fikir positif, mungkin....tertinggal kat ofis kot. Pakai je la jam tangan satu lagi. Sampai je kat ofis, check drawer, kabinet semua mmg sah! Jam tangan kesayangan ku itu telah tiada.
Sedih tau tak! Jam tangan tu pemberian daripada seorang sahabat yg dibeli di luar negara. Susah nak dapat kat Malaysia ni. Penah try cari kat shopping complex mcm Pavillion pun takde! Tak suka nak tuduh menuduh, Tapi..kalau nak sangat beritahu la. Jangan ambil barang orang tanpa pengetahuan. Tu dah jatuh sebagai mencuri kan? *sigh*
Monday, January 16, 2012
Take Me Out

Hey..Hey..penah tengok rancangan realiti Take Me Out tak? Hmmm..mesti tak kan? Kalau Akademi Fantasia, Mentor, Bintang Kecil laju je korang duk depan tv kan? Sampai kan kalau remote pun korang pegang. Betul tak? Haaaa...
Actually, Take Me Out ni sebuah rancangan yang amat sesuai untuk golongan muda tengok.Lagi-lagi yang masih bujang trang tang tang..Rancangan yang mana berkonsepkan seorang lelaki yang mempunyai pilihan untuk memilih gadis gadis sunti yang telah menyertai rancangan ini untuk menjadi pilihan jejaka tersebut. Yang bakal dibawa keluar jalan-jalan bersama-sama si jejaka itu untuk mengenali lebih dekat dengan si jejaka itu. Wahhhh!! Gitu..best kan? So cuwittttt...
Saya dah jadi penonton tetap untuk rancangan ini. Seronok jugak tengok gelagat mereka ni. Kalau korang nak tengok, boleh saksikan setiap Jumaat, jam 8.30 malam di NTV7..Pada hari Ahad, jam 3.00 petang pula untuk Take Me Out Extra..Mende Take Me Out Extra tu? Hmmm..macam dorang tunjuk si jejaka ni dating dengan gadis pilihan la..Kalau yg takde ASTRO tu, dun worri..NTV7 masih dapat ditonton kan? Kalau tak dapat gak, pandai pandai la korang panjat bumbung betulkan tv aerial tu..
Tuesday, September 13, 2011
Mengharap Bintang – Ezad
Sakit-sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Hidup tanpamu
Sungguh perih hidupku
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu…
Kurindukan dirimu
Aku hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku…
Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku…
Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku
Tuhan tolonglah diriku
Tabahkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerna dia hidupku
Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku
Tuhan tolonglah diriku
Tabahkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerna dia hidupku
Thursday, September 8, 2011
TGI Friday!
Do it all again
This Friday night
Do it all again
T.G.I.F.
T.G.I.F.
T.G.I.F.
T.G.I.F.
Ehhh..silap! Bukan lagu Kak Katy Perry tu ye. Actually, tadi lunch kat TGI Friday Alamanda. Baru je bukak outlet di sini. Nice place. Tak caye, jum tengok pict kat bawah ni..LAYAN SAT NAAAAA~
Elvis Presley tu!
Auuuuwwwww..sexy!Marilyn Monroe
Ok, jum tengok lak apa yg saya melahap tadi. Hmmm..melahap? Memang tak kena dgn word tu ye! Macam biasa la...makan mmg tak penah abis! Adooyaiiii
Fried Mac & Cheese, appertizer. Bagi perut warm up dulu
Chicken Finger BLT..makan satu je! Selebihnya, faham2 je la. Sangat kenyang!!
Moral of the story, kalau makan kat tempat macam ni better order appertizer je. For me laaa..sebab sangat membazir! Saya makan tak penah habis pun. Huhu












