Thursday, January 19, 2012

Senarai golongan yang MENJENGKELKAN di Facebook

1. Pengetag gambar sesuka hati laki tiri posmen nenek dia.

Gambar dia batuk, dia tag. Gambar dia beli bunga, dia tag. Gambar dia tidur gaya pelik-pelik, dia tag. Gambar kucing dia berasmara, dia tag. Lepas tu nofitikasi pun melambak sebab komen-komen tak perlu. Seriously dude, don’t you have a life other than facebook?

2. Golongan yang suka menjawab kuiz yang bukan-bukan.

Jawab kuiz tu tak kisah. Tapi bila dalam satu hari tu kau jawab 10 kuiz, setiap kuiz tu pulak invite lima belas orang, kau tak tragik tengok halaman utama kau penuh dengan update kuiz ‘berapa aktif kah anda main seks sehari?’, atau ‘kalau kau tak jadi manusia, kau jadi apa?’, atau ‘tok karut meramal kau akan banyak awek hari ini’. Motif?

3. Apa yang dia buat, dia update.


Dia bangun pagi, dia update. Dia gosok gigi, dia update. Dia pakai seluar dalam, dia update. Peliklah diorang ni, tak pernah dengar TWITTER ke?

4. Suka menjemput ke acara-acara yang tidak munasabah

Tengok gambar tu pun dah paham. Need I say more?

5. Suka market.

Bila kita dah deny untuk jadi peminat atau tanda like pada sesuatu halaman, patutnya orang tu dah faham lah. Ini dia hantar lagi, dan lagi… Rasa macam nak block je kau terus.

6. Dia main satu game, naik satu langkah, dia bagitau satu dunia.

Ni pun lebih kurang macam nombor 2 dan 3

7. Si mami jarum.


Segala benda yang kau buat, dia komen. Segala benda aktiviti baru, dia tick like. Adeihhh..

8. Si pencetus masalah

Dia nak menyampaikan sesuatu, amarah contohnya, tapi dia tak sebut nama sesiapa. So orang tak ada kena mengena pun boleh terasa. Dan mulalah jadi isu.

No comments:

Post a Comment