Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday | Muntah Limau





Thursday, January 19, 2012

Senarai golongan yang MENJENGKELKAN di Facebook

1. Pengetag gambar sesuka hati laki tiri posmen nenek dia.

Gambar dia batuk, dia tag. Gambar dia beli bunga, dia tag. Gambar dia tidur gaya pelik-pelik, dia tag. Gambar kucing dia berasmara, dia tag. Lepas tu nofitikasi pun melambak sebab komen-komen tak perlu. Seriously dude, don’t you have a life other than facebook?

2. Golongan yang suka menjawab kuiz yang bukan-bukan.

Jawab kuiz tu tak kisah. Tapi bila dalam satu hari tu kau jawab 10 kuiz, setiap kuiz tu pulak invite lima belas orang, kau tak tragik tengok halaman utama kau penuh dengan update kuiz ‘berapa aktif kah anda main seks sehari?’, atau ‘kalau kau tak jadi manusia, kau jadi apa?’, atau ‘tok karut meramal kau akan banyak awek hari ini’. Motif?

3. Apa yang dia buat, dia update.


Dia bangun pagi, dia update. Dia gosok gigi, dia update. Dia pakai seluar dalam, dia update. Peliklah diorang ni, tak pernah dengar TWITTER ke?

4. Suka menjemput ke acara-acara yang tidak munasabah

Tengok gambar tu pun dah paham. Need I say more?

5. Suka market.

Bila kita dah deny untuk jadi peminat atau tanda like pada sesuatu halaman, patutnya orang tu dah faham lah. Ini dia hantar lagi, dan lagi… Rasa macam nak block je kau terus.

6. Dia main satu game, naik satu langkah, dia bagitau satu dunia.

Ni pun lebih kurang macam nombor 2 dan 3

7. Si mami jarum.


Segala benda yang kau buat, dia komen. Segala benda aktiviti baru, dia tick like. Adeihhh..

8. Si pencetus masalah

Dia nak menyampaikan sesuatu, amarah contohnya, tapi dia tak sebut nama sesiapa. So orang tak ada kena mengena pun boleh terasa. Dan mulalah jadi isu.

Tuesday, January 17, 2012

PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)

Ehh? Kenapa entry kali ni pasal PENCURI? Sekadar berkongsi dgn rakan rakan di luar sana. Blog ni dah macam diary pulak kan..he ho!

Mula-mula tu hilang kapas muka. Puas cari merata tak jumpa jugak! Tapi, tak kisah la kan..Sebab boleh beli kat mana-mana kedai runcit yg berdekatan. Tup..tup..pagi tadi noticed jam tangan pulak hilang. Fikir positif, mungkin....tertinggal kat ofis kot. Pakai je la jam tangan satu lagi. Sampai je kat ofis, check drawer, kabinet semua mmg sah! Jam tangan kesayangan ku itu telah tiada.

Sedih tau tak! Jam tangan tu pemberian daripada seorang sahabat yg dibeli di luar negara. Susah nak dapat kat Malaysia ni. Penah try cari kat shopping complex mcm Pavillion pun takde! Tak suka nak tuduh menuduh, Tapi..kalau nak sangat beritahu la. Jangan ambil barang orang tanpa pengetahuan. Tu dah jatuh sebagai mencuri kan? *sigh*


Monday, January 16, 2012

Take Me Out


Hey..Hey..penah tengok rancangan realiti Take Me Out tak? Hmmm..mesti tak kan? Kalau Akademi Fantasia, Mentor, Bintang Kecil laju je korang duk depan tv kan? Sampai kan kalau remote pun korang pegang. Betul tak? Haaaa...

Actually, Take Me Out ni
sebuah rancangan yang amat sesuai untuk golongan muda tengok.Lagi-lagi yang masih bujang trang tang tang..Rancangan yang mana berkonsepkan seorang lelaki yang mempunyai pilihan untuk memilih gadis gadis sunti yang telah menyertai rancangan ini untuk menjadi pilihan jejaka tersebut. Yang bakal dibawa keluar jalan-jalan bersama-sama si jejaka itu untuk mengenali lebih dekat dengan si jejaka itu. Wahhhh!! Gitu..best kan? So cuwittttt...

Saya dah jadi penonton tetap untuk rancangan ini. Seronok jugak tengok gelagat mereka ni. Kalau korang nak tengok, boleh saksikan setiap Jumaat, jam 8.30 malam di NTV7..Pada hari Ahad, jam 3.00 petang pula untuk Take Me Out Extra..Mende
Take Me Out Extra tu? Hmmm..macam dorang tunjuk si jejaka ni dating dengan gadis pilihan la..Kalau yg takde ASTRO tu, dun worri..NTV7 masih dapat ditonton kan? Kalau tak dapat gak, pandai pandai la korang panjat bumbung betulkan tv
aerial tu..

Ini antara gadis gadis sunti yang akan menjadi pilihan jejaka..