Thursday, December 13, 2012

Telinga BERDESING



Salam

Pernah tak telinga uols berdesing ya amat? Fuh! Rimas tau..macam ada siren keretapi dok dalam telinga je. Itu la ai rasa pepagi buta ni. Berdesing sangat telinga sebelah kiri ni. tapi kejap je, dalam seminit macam tu. Ingatkan jadi cenggitu sebab kat ofis ni buat kerja pakai headphone. Kahkahkah. Takde kena mengena ok. Lantas jari jemari ni google pasal ni. Gigih weh! Baca je, nak percaya tu entah lah..Kebetulan telinga ni berdesing dalam pukul 9.55 am, tengok maksud kat bawah tu akan datang keluarga yg terdekat. Haaa! Ye la kot, adik aku akan bersalin tak lama lagi. Ehh, terpercaya pulak. Hahaha..

"Barangsiapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingati aku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR."

Kejadian telinga berdesing,merupakan salah satu kejadian atau isyarat ghaib yang Allah sahaja mengetahui rahsianya. Namun Allah juga akan fahamkan maksudnya kepada sesiapa yang dikehendaki.

Firman Allah: ".....Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan (menceritakan) kepada kamu (rahsia) perkara -perkara ghaib,akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya,sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya ; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar." (Ali Imran, 3: 179)

Firman Allah: "Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah, sebab itu tunggu (sajalah) olehmu......" (Yunus, 10; 20)

Selanjutnya ,dijelaskan di bawah ini maksud dan rahsia di sebalik telinga berdesing mengikut pengalaman orang tua-tua yang sentiasa mengamati dan mengelaminya.


TELINGA SEBELAH KIRI BERESING

  1. Antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu terdekat.
  2. Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat.
  3. Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keluarga terdekat.
  4. Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan selamat dalam perjalanan akan datang.
  5. Antara jam 11 - 12 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan (jauh).
  6. Antara jam 12 - 13 siang: Bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat.
  7. Antara jam 14 - 15 siang: Bermakna akan kedatangan tamu.
  8. Antara jam 15 - 16 petang: Bermakna akan bepergian jauh kerana urusan penting.
  9. Antara jam 17 - 18 petang: Bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar dalam usaha yang diusahakan atau akan naik pangkat bagi pekerjaan.
  10. Antara jam 19 - 20 malam: Bermakna akan menerima penyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.
  11. Antara jam 21 - 22 malam: Bermakna akan menerima undangan perkahwinan dalam waktu terdekat.
  12. Antara jam 22 - 23 malam: Bermakna akan kedatangan pencuri.
  13. Antara jam 23 - 24 malam: Bermakna akan menghadapi masalah atau penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.
  14. Antara jam 00 - 01 pagi hari: Bermakna semua cita-cita akan direncanakan akan segera tercapai.
  15. Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan menerima kabar gembira.
  16. Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna akan ada dan berlaku persengketaan dalam keluarga.
  17. Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru.
  18. Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada kesepakatan dan penyelesaian dalam setiap persoalan yang dihadapi.

1 comment: