Friday, July 29, 2011

PINDAH

Adat hidup membujang...macam ni la! Asyik pindah randah je. Kalau ikutkan hati memang tak nak pindah pun. Esok bermula lah kehidupan ku di rumah sewa yang baru. Ditambah dengan housemate pun baru. Sejak dua menjak ni, badan terasa sengal + penat sangat! Mana tidak nya, turun naik angkat barang. Sumpah! penat sangat. Rushing pun ada jugak sebab bulan depan dah puasa. Sebab tu last minute nak pindah.



taraaaa..ini la tempat baru rumah sewa saya, flat hijau



ni la rumah sewa yang lama. banyak kenangan. suka kat sini sebab aman damai je

Thursday, July 28, 2011

DEMAM

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.


Penyebab Demam

• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,cirit birit, denggi, dan HIV.
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Rawatan

Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

p/s: doakan saya cepat sembuh ya!

Tuesday, July 26, 2011

bilik sewa

bilik sewa oh bilik sewa..!! hampir seminggu mencari bilik sewa di sekitar putrajaya ni. adeihhh..susah gak! ikutkan hati memang malas nak pindah. tapi, atas sebab tertentu terpaksa la jugak. petang ni nak tengok bilik di flat hijau dan presint 11. harga? ermm..faham je la kan kalau area putrajaya ni. mahai nak mammm! nak chiow dulu, janji pukul 5.30pm..tata

KETINGGALAN ZAMAN

KETINGGALAN ZAMAN?? hahahahaa..yes! orang lain dah sibuk berblogging. tapi i terhegeh hegeh mcm penagih opssssss....!!! baru sekarang nak create blog ni. anyway, welcome! saja curi curi masa time lunch..oklah, nak sambung makan! daaaa~macam sedap je spaghetti tu. habis ke? huhu