Monday, July 30, 2012

Maskot Sukan Olimpik 2012

Salam

 Apakah first impression anda??

Sama ada sedar atau tidak. Sama ada sengaja atau tidak sengaja. Itulah yang perlu kita ambil perhatian. Adakah ini satu simbolik atau sudah dirancang? Pabila kita melihat Maskot Sukan Olimpik London 2012, ternyata memang banyak persoalan wujud dalam minda.

Friday, July 27, 2012

Mimpi Buaya

Salam

Kejap je dah 7 hari kita berpuasa. Alhamdulillah..takde ponteng lagi. Tunggu la ujung ujung nanti..ahah!  Bukan nya pasal puasa nak cerita. Ni pasal mimpi malam tadi. Mimpi pasal buaya! Bukan buaya darat ye! Adoiii..takde binatang lain ke nak mimpi. Scary ok.

sang bedal yg tak comel

Alkisahnya, dlm mimpi tu ai dok kat café tgh minum tepi tasik gitu. Tak hengat la minum dgn sape. Ntah mcm ne tetiba Nampak sekor buaya dlm tasik. Ehhh..aneh! dlm tasik ada buaya? Dah nama pun mimpi kan. Mula mula tu mcm jinak je sang buaya tetiba nah! Dia ngamok serang orang orang kat café tu. Tapi dia tak serang ai pun. Dia serang, telan, ngap akak pakai baju kurung bertudung kuning dok btol2 dkt dgn tasik tu. Ohmai! Pas tu ai terus terjaga. Stop sampai situ je la mimpinya. Tengok jam pukul 4am. Alahai..dah alang alang terjaga, bangun bersahur terus lah.
Pagi ni terus meng google cari pasal tafsiran mimpi tu. Sekadar nak baca je. Takyah nak percaya sgt kot. Mimpi tu kan mainan tido. 

# TAFSIRAN MIMPI:
melihat buaya di air melambangkan anda tidak boleh mempercayai seseorang, baik teman atau lawan. atau juga melambangkan pencuri atau pedagang yang tidak jujur.

hmmm….tak selesanya bila dengar tafsiran mimpi saya tu. ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari setiap bala dan bencana….amin.

      Terdapat banyak maksud berbeza jika bermimpi buaya:

1. bermimpi menunggang buaya dan masuk ke air atau sungai. ertinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.

2. bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. ertinya, akan ada keberuntungan.

3. bermimpi digigit buaya. ertinya akan mendapat kesusahan atau masalah.

4. bermimpi ditelan atau dibaham buaya. ertinya anda harus berhati-hati dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling anda.

5. bermimpi buaya itu menarik orang atau anda kedalam air. bermaksud seseorang memaksa anda melakukan sesuatu perkara yang hina..

6. bermimpi buaya sedang makan. ertinya ada pencuri yang jahat atau ada orang yang makan makanan yang haram.

7. bermimpi memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air. maksudnya ia menang melawan musuh.

8. bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. ertinya, kita harus berhati-hati kerana akan ada orang atau musuh yang secara diam- diam berusaha mencelakakan kita.

antara lain maksud buaya:-
buaya adalah haiwan sungai. ia menunjukkan khianat, degil dan jahat. jika bermimpi buaya di air membawa maksud buruk, jika di atas tanah membawa erti lemah dan terhina.

# Nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

Thursday, July 19, 2012

Ameera



  
Malam tadi berakhir sudah Slot Samarinda Ameera kat tv3. Mmg tak penah miss nengok drama ni. sebab..sebab.. adik saya tu la, Syamsul Yusof. Hahaha. Ini tidak benar ye! Sepanjang drama tu dah berapa kali ayaq mata ni dok kuaq kuaq je. Sedih kot. 

Tapi kan, mesti ramai tak puas hati ending tu Amer mati kan? Oh! Adikku..mmg tak puas hati. Mula la terfikir kenapa Mr Murali buat cerita macam ni. Selalunya drama di bawah arahan beliau best kebabommm gitu! 
 
tengok tu haaa..teruja kau! 

Ntah mcm mana tadi dok ngadap fb Mr Murali, dia cakap ada sambungan Ameera. Tapi dalam Cerekarama kul 10 hari Sabtu tu. Wahhh!! Biar betikkkkk. Harap betul la kan. Kalau nengok ending citer tu mcm tergantung. Amer mati ke tak ke koma? Ambulans pun tak datang lagi time tu..Satu lagi pasal Marissa, mummy Amer tak tahu lagi kan. 

Sangat teruja okayyyy!! Tak sabar rasanya nak tunggu sambungan Ameera. Jarang saya ni follow citer kul 10.30pm kat tv3 tu. Tapi, Ameera ni ter follow pulak. Mungkin sebab pelakon dia. Ahah! Lepas ni takmo follow mana mana citer la. Penat weh! Tiap malam tido lambat je. Nway, good job Mr Murali, tak sabar nak tunggu sambungan Ameera tu.

Thursday, July 12, 2012

McD Chicken Foldover

As salam

Siapa kat sini peminat tegar mekedi? Konfem ramai yg suka makan mekedi kan? Dah nama pun fast food, drive tru ke beratur ke cepat je dah siap! Takyah la susah nak tanak nasi, masak lauk pauk bagai..


Tu diaaaa!! Korang nengok kupon tu mesti tau dah kan. Takyah la nak explain memanjang berjela. Mulai hari ini (12 Julai 2012) kalau korang beli Chicken Foldover ala carte akan dapat free satu! Wahhh teruja kau..Caranya, korang print kupon tu dan serahkan pada abang, akak, adik yg dok jaga kaunter McD tu.

Boleh la time berbuka puasa nanti makan benda alah ni. Adatlah orang bujang, makan semua nak pantas je. Boleh la bwk mak, pak, adik, abang, akak, anak, gepren, boypren, tunang, laki melantak Chicken Foldover ni. Print la banyak banyak boleh simpan dlm handbag atau wallet. Tak pun korang fotostat je kupon tu. Nak abiskan satu A4 paper pun boleh!