Friday, July 27, 2012

Mimpi Buaya

Salam

Kejap je dah 7 hari kita berpuasa. Alhamdulillah..takde ponteng lagi. Tunggu la ujung ujung nanti..ahah!  Bukan nya pasal puasa nak cerita. Ni pasal mimpi malam tadi. Mimpi pasal buaya! Bukan buaya darat ye! Adoiii..takde binatang lain ke nak mimpi. Scary ok.

sang bedal yg tak comel

Alkisahnya, dlm mimpi tu ai dok kat café tgh minum tepi tasik gitu. Tak hengat la minum dgn sape. Ntah mcm ne tetiba Nampak sekor buaya dlm tasik. Ehhh..aneh! dlm tasik ada buaya? Dah nama pun mimpi kan. Mula mula tu mcm jinak je sang buaya tetiba nah! Dia ngamok serang orang orang kat café tu. Tapi dia tak serang ai pun. Dia serang, telan, ngap akak pakai baju kurung bertudung kuning dok btol2 dkt dgn tasik tu. Ohmai! Pas tu ai terus terjaga. Stop sampai situ je la mimpinya. Tengok jam pukul 4am. Alahai..dah alang alang terjaga, bangun bersahur terus lah.
Pagi ni terus meng google cari pasal tafsiran mimpi tu. Sekadar nak baca je. Takyah nak percaya sgt kot. Mimpi tu kan mainan tido. 

# TAFSIRAN MIMPI:
melihat buaya di air melambangkan anda tidak boleh mempercayai seseorang, baik teman atau lawan. atau juga melambangkan pencuri atau pedagang yang tidak jujur.

hmmm….tak selesanya bila dengar tafsiran mimpi saya tu. ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari setiap bala dan bencana….amin.

      Terdapat banyak maksud berbeza jika bermimpi buaya:

1. bermimpi menunggang buaya dan masuk ke air atau sungai. ertinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.

2. bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. ertinya, akan ada keberuntungan.

3. bermimpi digigit buaya. ertinya akan mendapat kesusahan atau masalah.

4. bermimpi ditelan atau dibaham buaya. ertinya anda harus berhati-hati dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling anda.

5. bermimpi buaya itu menarik orang atau anda kedalam air. bermaksud seseorang memaksa anda melakukan sesuatu perkara yang hina..

6. bermimpi buaya sedang makan. ertinya ada pencuri yang jahat atau ada orang yang makan makanan yang haram.

7. bermimpi memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air. maksudnya ia menang melawan musuh.

8. bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. ertinya, kita harus berhati-hati kerana akan ada orang atau musuh yang secara diam- diam berusaha mencelakakan kita.

antara lain maksud buaya:-
buaya adalah haiwan sungai. ia menunjukkan khianat, degil dan jahat. jika bermimpi buaya di air membawa maksud buruk, jika di atas tanah membawa erti lemah dan terhina.

# Nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

No comments:

Post a Comment