Thursday, September 8, 2011

Isu kucing dan Petknode

Ok, seperti yang kita dah tahu, isu Petknode tengah panas. Aku lihat merata orang cerita benda ni kat blog mereka. Tak kiralah blog apa, tapi memang masing-masing tak kalah nak bagi pandangan masing-masing. Jadi, kalau korang nak ulas benda ni pun boleh dipersilakan.

Apa isu sebenarnya? Isunya, Petknode ni adalah sebuah pusat penjagaan haiwan seperti kucing. Pendek kata, diorang akan tolong orang lain jaga kucing mereka. Biasanya pemilik kucing akan bayar duit kat diorang untuk pakej dan harga tertentu dan Petknode ni akan tolong jaga kucing mereka. Aku tak pasti bayarannya ikut jam atau hari. Tapi kiranya kena bayar la. Bukan percuma. Kalau aku, aku pun malas nak jaga percuma.

Bagi aku, apa yang Petknode buat ni bagus. Kiranya dah masuk tahap hati baik dan hati nurani. Macam buat benda baik sebab tak ramai orang sanggup buat bisnes macam ini. Kena tahap penyebaran SEO yang berjaya dibandar-bandar besar, memang boleh buat duit kacang-kacang aje Petknode ni. Sebab memang tak banyak pusat penjagaan haiwan. Kat banting ni pun, aku tak jumpa lagi. Kalau ada, sila bagitau aku kedai atau tempatnya. Hendak juga melawat.

Jadi, apa yang tak bestnya Petknode ni? Ok, benda ni bermula bila lepas Merdeka raya ni, pemilik kucing ni pun nak la balik kucing diorang. Tapi tak disangka-sangka, keadaan kucing mereka tidak seperti ketika mereka bagi awal-awal dulu. Dulu bagi sihat bugar gemuk buncit. Tapi sekarang, sampai kurus dan hilang bulu pun ada. Aku rasa kucing ni lapar sangat sampai digarunya perut diorang. Aku rasa memang dah kebulur diorang. Sudahlah tak ada makanan, air apatah lagi. Pendek cerita, korang tengok gambar kat bawah ni. Malah, ada yang mati..


Sampai kurus kering dibuatnya. Bulu pon gugur. Badan dah takde protein langsung. Korang kejam tahu? Korang boleh pergi beraya makan lemang makan nasi impit kuah kacang bagai dalam masa yang sama korang tahu ada binatang kebuluran sebab korang?


Dan sesungguhnya ini yang paling menyayat hati. Seksa tahu mati kebuluran? Mati dalam keadaan mata terbuka. Oh kesian nya ibu dan anak ini. Korang langsung takde rasa nak tinggalkan setitik air untuk dorang ke? Kenape? Kenape korang buat macam ni?

Tengok perut dia. Macam mana lah dia survive tanpa makanan dan air selama 9 hari tu. Air dalam badan pon dah habis kena sejat. Kasihan tahu? Dah macam rangka hidup. Kucing liar jumpa dia pon terkejut tahu sebab dorang pon tak seteruk ini. Sekurang kurangnya dorang boleh survive dengan sisa makanan dan air hujan. Tapi dorang nak survive macam mana kalau kena kurung tanpa makanan dan air. OHHHHHHHHH.

Bila dah jadi macam ini, aku tak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul. (Aku tahu sebenarnya). Korang fikir-fikirkanlah ye. Buat baik biarlah berpada-pada, buat jahat, pepandailah nyorok ye. Dan jangan lupa ukur baju dibadan sendiri, jangan ukur baju orang lain. Kalau tak mampu, cakap tak mampu. Jangan mengada-ngada nak bagi janji tapi lu langsi.

No comments:

Post a Comment