Thursday, July 19, 2012

Ameera



  
Malam tadi berakhir sudah Slot Samarinda Ameera kat tv3. Mmg tak penah miss nengok drama ni. sebab..sebab.. adik saya tu la, Syamsul Yusof. Hahaha. Ini tidak benar ye! Sepanjang drama tu dah berapa kali ayaq mata ni dok kuaq kuaq je. Sedih kot. 

Tapi kan, mesti ramai tak puas hati ending tu Amer mati kan? Oh! Adikku..mmg tak puas hati. Mula la terfikir kenapa Mr Murali buat cerita macam ni. Selalunya drama di bawah arahan beliau best kebabommm gitu! 
 
tengok tu haaa..teruja kau! 

Ntah mcm mana tadi dok ngadap fb Mr Murali, dia cakap ada sambungan Ameera. Tapi dalam Cerekarama kul 10 hari Sabtu tu. Wahhh!! Biar betikkkkk. Harap betul la kan. Kalau nengok ending citer tu mcm tergantung. Amer mati ke tak ke koma? Ambulans pun tak datang lagi time tu..Satu lagi pasal Marissa, mummy Amer tak tahu lagi kan. 

Sangat teruja okayyyy!! Tak sabar rasanya nak tunggu sambungan Ameera. Jarang saya ni follow citer kul 10.30pm kat tv3 tu. Tapi, Ameera ni ter follow pulak. Mungkin sebab pelakon dia. Ahah! Lepas ni takmo follow mana mana citer la. Penat weh! Tiap malam tido lambat je. Nway, good job Mr Murali, tak sabar nak tunggu sambungan Ameera tu.

Thursday, July 12, 2012

McD Chicken Foldover

As salam

Siapa kat sini peminat tegar mekedi? Konfem ramai yg suka makan mekedi kan? Dah nama pun fast food, drive tru ke beratur ke cepat je dah siap! Takyah la susah nak tanak nasi, masak lauk pauk bagai..


Tu diaaaa!! Korang nengok kupon tu mesti tau dah kan. Takyah la nak explain memanjang berjela. Mulai hari ini (12 Julai 2012) kalau korang beli Chicken Foldover ala carte akan dapat free satu! Wahhh teruja kau..Caranya, korang print kupon tu dan serahkan pada abang, akak, adik yg dok jaga kaunter McD tu.

Boleh la time berbuka puasa nanti makan benda alah ni. Adatlah orang bujang, makan semua nak pantas je. Boleh la bwk mak, pak, adik, abang, akak, anak, gepren, boypren, tunang, laki melantak Chicken Foldover ni. Print la banyak banyak boleh simpan dlm handbag atau wallet. Tak pun korang fotostat je kupon tu. Nak abiskan satu A4 paper pun boleh!

Tuesday, June 5, 2012

Berhingus

As-Salam


Actually, dah 2 hari saya dijangkiti selsema. Memang lama kalau nak sembuh. Telan la ubat sedozen pun *sigh Tapi, yg jadi masalah negara nya..saya sangat kemalasan ke klinik. Hanya mengharap obat yg dibeli di Farmasi berdekatan sahaja (Watson Anjung KPM) 

2nd day..keadaan masih sama. Semangat buat kerja jatuh merudum! Mcm kejatuhan harga saham pulak. Masih kemalasan nak ke klinik. Telan je obat sebelum pergi kerja dan dengan bangga memandu dalam keadaan di bawah paras dadah! Kalau kena tahan polis siapa nak jawab dek nonnnnnn..

2nd day..breakfast bubur nasi dgn lahapnya. Selang sejam kemudian, jeng jeng jeng (suspen konon) buerkkkkk!! Muntah. Tekak loya secara tiba tiba.

Berharap sangat esok dah sembuh seperti sediakala. Baru je nak naik kan berat badan, sekarang ni dah turun pulak! 35.5 kg sama berat dgn kanak kanak umur belasan tahun..Huk huk huk

Friday, April 13, 2012

TM Rewards - KFC COUPON


Assalam


Siapa suka makan KFC angkat tangan! I bet everyone love KFC. For those whom on Diet, well..maybe give it a try for one day. Haha. No Harm rite.(Mesej untuk diri sendiri)

This Online Coupon is Meal for 2 for only RM19.90 ( Normal price 26.40). You save RM6.50. The meal include 3 pieces of Chicken, 1 Colonel Burger, 2 Whipped potato, 1 Coleslaw,2 Ice Lemon Tea. Berbaloi bukan?..

So Hurry up, print this coupon and photostate ( photostate also accepted) and visit your nearby KFC.

Note: Kindly note that this Coupon only valid in Peninsular Malaysia, excluding KFC Genting, KFC KLIA & LCCT, and Langkawi Airport.I hope in future, KFC will include Sabah and Sarawak. Lagipun we are one Malaysia rite. InsyaAllah promo ini akan sampai ke Borneo pula. Manalah tau..KFC buat Promo kat sana pula kan!

Monday, April 2, 2012

Islam? Melayu?

Assalamualaikum..

Lama nya tak hapdet belog ni. Disebabkan kekangan masa dan bebanan kerja yg berlambak. Sebab itu lah, belog ni terbiar bagai anak yg tiada ibu bapa nya! Ehhhh..apa merepek ni? Hahahaha..Nak tunjuk kat uols, ce nengok gambar di bawah ini. Godek godek tenet jumpa pulak iklan dolu dolu. Adakah mereka ini seorang yg beragama Islam atau berbangsa Melayu? Hmmm..


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia

 
Kepada semua wanita, sesungguhnya diri kita sangat istimewa.. yakinlah bahawa setiap antara kita mempunyai kelebihan yang tersendiri.. jangan cepat merasa rendah diri.. jangan mudah menyerah kalah hanya kerana kita wanita.. hargailah diri kita sepenuhnya.. insyaAllah kebahagiaan akan menelusuri kehidupan kita..

Untuk lelaki,hargailah wanita di sekeliling anda.. hargailah setiap pengorbanan wanita dalam kehidupan anda.. jagalah hati wanita nescaya kehidupan anda akan lebih bermakna..InsyaAllah

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Malam ini, ada ceramah dan juga persembahan nasyid daripada adik adik di sini. Petang tadi, dah dengar adik adik ni berlatih. Sedap suara mereka! 

Tahun ini tema Maulidur Rasul ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” Bersama sama lah kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhamad SAW junjungan kita.